Xiaomi Beri Idea Apa Yang Boleh Dilakukan Pada iPhone Lama Anda

Usik-mengusik antara pengeluar telefon pintar bukanlah perkara yang asing.

Jika diperhatikan, kebanyakkannya usikan ini dituju kepada peranti Apple. Kini, syarikat berpengkalan di Cupertino itu dilihat sekali lagi menjadi "mangsa bahan" menerusi Instagram Stories Xiaomi India.

Kapsyen: Imej: Times of India


Pada perkongsian Stories dengan #thug7life (ditulis secara terbalik), ia memaparkan ayat "What To Do With Your Old Phone?"

Jawapan yang diberikan "#48 Use It As A Coaster". Melihat kepada telefon yang dijadikan pelapik cawan itu, ia mirip kepada model iPhone 4 atau 4s.

Kapsyen: Imej: Times of India


Satu lagi IG Stories, memberi idea "Use It As A Fetch Toy" dan laman Times of India menyatakan telefon pintar yang dibaling itu seakan-akan model pertama iPhone atau mungkin juga iPhone 3G.

Ini bukanlah pertama kali Apple "dibahan", sebelum ini kita sudah lihat Huawei menyindir Apple, Samsung sindir Apple tentang takuk (tapi akhirnya mereka buat juga) dan awal tahun ini, Google pula dipercayai menyindir Apple melalui papan iklan.

Sumber: Times of India