Xiaomi Beri Gambaran Peranti Black Shark 2 Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi

Xiaomi Black Shark telah dilancarkan pada April yang lalu dan terus menjadi antara pesaing terhebat dan terawal buat Razer Phone dalam "peperangan" peranti gaming dunia.

Perkara tersebut nampaknya hampir pasti untuk berulang kembali sekali lagi. Ini kerana, laman sesawang rasmi Black Shark telah memberi gambaran kehadiran peranti terbaru mereka tidak lama lagi. Ianya terjadi selepas Razer Phone 2 dilancarkan secara rasmi dua baru-baru ini.



Xiaomi Black Shark 2 sebelum ini telah pun menerima penyenaraian TENAA dengan spesifikasi menarik seperti penggunaan cip Snapdragon 845 dan memori sehingga 8GB RAM.

Namun, dari segi reka bentuk, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat selain daripada susunan kameranya. Black Shark sebelum ini hanya dipasarkan di China, dan peminat permainan mudah alih pastinya berharap agar peranti ini akan memasuki pasaran negara lain pada keluaran kali ini.

 

Sumber : BlackShark