Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Bangunkan Teknologi Pertuturan Untuk Bantu Golongan OKU

Posted on Mei 20, 2022

Xiaomi telah berkongsi satu projek baharu mereka yang mmbantu individu dengan kekurangan pertuturan untuk berkomunikasi melalui suara yang dijanakan sistem projek ini.

Xiaomi menggunakan teknologi pertuturan bersama algoritma canggih untuk mencipta “suara unik” untuk mereka dengan kekurangan pertuturan. Hal ini demikian, kebiasaannya mereka menggunakan suara elektronik yang jauh bezanya dengan suara manusia apabila berkomunikasi.

Bagaimana Xiaomi Merealisasikan Projek Ini?

Xiaomi mengumpulkan lebih 200 sukarelawan untuk menyumbangkan dan merakam suara dalam projek ini. Selepas itu, Xiaomi menggunakan algoritma pemadanan suara untuk mencari suara mana yang paling sesuai dengan suara penerima.

Melalui teknologi teks-kepada-pertuturan pada model AI, Xiaomi dapat mengubah suara ini mengikut intonasi dan ekspresi semula jadi yang dapat menggambarkan emosi sebenar si penerima nanti.

Melalui projek ini, Xiaomi percaya mereka dapat memberi peluang kepada golongan kelainan upaya untuk mendapat akses kepada teknologi baharu. Di samping itu, projek ini bakal membantu mereka untuk berkomunikasi dengan lebih efisyen dengan masyarakat tanpa ada rasa rendah diri.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi

Baca juga:

  • Xiaomi 12 Ultra Mungkin Akan Terima Kamera Sama Seperti Mi 11 Ultra
  • Buang Segera 7 Aplikasi Android Ini Kerana Mencuri Data Sulit Akaun Facebook Anda
  • ‘Sinkhole’ Diliputi Hutan Berusia Jutaan Tahun Ditemui Di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress