Xiaomi Bangunkan Kilang Pengeluaran Automatik Sepenuhnya, Mampu Keluarkan 60 Unit Telefon Pintar Dalam 1 Minit

Bermula dengan hanya 13 orang pada tahun 2010, Xiaomi kini mempunyai belasan ribu pekerja untuk memacu syarikat tersebut dalam industri teknologi terutama sekali telefon pintar.

Kini bergerak lebih ke hadapan, Xiaomi menerusi CEO syarikat telah mengumumkan fasa pertama kilang pengeluaran generasi seterusnya telah siap dibina. Kilang yang akan beroperasi secara automatik sepenuhnya tanpa kehadiran pekerja seperti fasiliti pengeluaran yang lain.

Terletak di Yizhuang, kilang dengan keupayaan automatik sepenuhnya itu akan menggunakan teknologi 5G dalam menggandakan hasil pengeluaran. Dikatakan kilang tersebut mampu menghasilkan 60 unit telefon pintar dalam masa seminit, iaitu 60% lebih pengeluaran daripada kilang dengan pekerja yang biasa. Dikatakan juga kilang itu akan dikhaskan untuk pembuatan telefon pintar flagship.

Difahamkan bawah kilang terbabit masih lagi dalam peringkat ujian dan masih belum bersedia untuk pengeluaran secara besar-besaran. Operasi dijangka bermula sekitar Disember tahun ini.

Sumber: ITHome