Xiaomi Bakal Menampilkan Dwi-Kamera Untuk Peranti Baru Mereka





Mengikut laporan, Xiaomi akan tampil dengan rekaan dwi-kamera untuk peranti Mi 5s yang mungkin dilancarkan pada minggu ini. Samada Xiaomi akan memperkenalkan model Mi 5s atau Mi Note S masih menjadi tanda tanya. Pihak Wisermy akan mengulas tentang peranti ini sejurus selepas ianya dilancarkan kelak.



Jika ianya benar, maka Xiaomi mungkin akan menjadi pesaing serius dengan iPhone 7 dan Galaxy S7, dan LG V20 (dari segi keupayaan kamera). Kita pun tahu bahawa Xioami merupakan peranti alternatif yang jauh lebih murah berbanding peranti high-end yang lain.







Melalui khabar angin yang bermain di internet, dwi-kameranya mungkin akan direka dengan posisi menegak, tidak seperti di dalam gambar yang direka secara melintang. Ianya juga dikatakan bakal memiliki 16 Mega-pixel untuk kamera belakang dan 4 Mega-pixel kamera hadapan.



Untuk spesifikasi pula, model terbaru ini mungkin memiliki Snapdragon 821 quad-core bersama Adreno 530 GPU dan RAM sebesar 6GB. Storan dalaman mungkin sebesar 256GB dan menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama MIUI 8.



Dikatakan juga, Xioami akan hadir dengan beberapa model lain seperti Mi 5s Plus dan Mi Note 2. Sama-sama kita nantikan kemunculan peranti terbaru dari Xiaomi.