Xiaomi Bakal Melancarkan TV 8K 5G Di China Pada 28 September

Selepas pelancaran peranti pintar Mi 10 Ultra dan Redmi K30 Ultra bersempena ulang tahunnya yang ke-10, Xiaomi bakal melancarkan televisyen terbarunya di China.



Syarikat itu mengesahkan bahawa Xiaomi TV Master Ultra Edition akan dirasmikan di China pada 28 September ini. Ia juga disahkan bahawa TV tersebut akan mempunyai sokongan untuk paparan 8K dan sambungan 5G.



Xiaomi masih belum mendedahkan spesifikasi penuh TV tersebut. Namun, menurut sumber, ia akan hadir dengan skrin bersaiz 82 inci dengan lampu latar Mini-LED.

TV pintar ini akan dimuatkan dengan modem 5G bagi penstriman kandungan 8K. Bagi harga pula, Xiaomi menyatakan harganya agak sedikit mahal tetapi ia akan lebih murah berbanding TV lut sinar, Mi TV LUX OLED yang berharga sekitar ~RM 30,192.

Sumber: Gizmochina