Xiaomi Bakal Lancarkan Peranti Dengan Kamera 48MP Pertama Di Dunia Januari Ini

Kira-kira lima bulan lepas, Sony telah melancarkan lensa Sony IMX 586 48-megapiksel , sensor ultra-compact pertama di dunia. Ia memiliki saiz piksel bersaiz 0.8 um.

Namun, sehingga kini masih belum ada telefon pintar yang dilengkapi oleh lensa tersebut. Bagaimanapun, perkara tersebut dijangka akan berubah bulan hadapan.

Ini kerana, Xiaomi dilaporkan akan hadir dengan peranti yang menggunakan kamera tersebut pada Januari depan. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Presidennya, Lin Bin di Weibo baru-baru ini.

Kapsyen: Weibo Lin Bin


Walaupun model peranti ini tidak didedahkan, kebanyakan pemerhati pasaran berpendapat bahawa ia adalah Xiaomi Mi 9.

Peranti ini dijangka akan hadir dengan kamera hasil gabungan tiga lensa iaitu 48MP + 13MP lensa sudut luas + 16MP lensa kedalaman. Selain itu, ia juga dikatakan akan menggunakan cip yang baru shaja dilancarkan, Snapdragon 855.

Sekiranya laporan ini tepat, ia adalah satu cara yang sempurna untuk memulakan sebuah tahun baharu bagi syarikat telekomunikasi dari China berkenaan.

Untuk terus mengikuti dengan lebih dekat mengenai perkembangan ini, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi Xiaomi Malaysia atau terus ikuti kami di Wiser.

 

Sumber: Weibo    Slashgear