Xiaomi Bakal Lancarkan Lebih Banyak Model Premium Di India Untuk Singkirkan Imej Jenama Bajet

Jenama Xiaomi terkenal dengan produk yang mesra harga dengan teknologi terkini. Di India, peranti pintar premium Xiaomi menerima saingan hebat terutamanya daripada jenama Samsung, Oppo dan Vivo.

Dengan penawaran harga peranti pintar Xiaomi yang lebih rendah berbanding pesaing, Xiaomi dengan cepat menjadi popular dan terus dikenali sebagai jenama bajet dan 'murah'.

Walau bagaimanapun, mereka kini berhasrat mahu menyingkirkan imej tersebut dan mahu juga dikenali sebagai jenama premium. Oleh itu, Xiaomi bercadang untuk meluaskan variasi produk premium termasuklah peranti pintar, televisyen pintar dan juga peranti gaya hidup berasaskan teknologi.

Dengan melancarkan model yang lebih premium, Xiaomi boleh meningkatkan harga purata satu jualan peranti yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Antara usaha lain yang dibuat adalah meningkatkan meningkatkan kesedaran jenama melalui kewujudan gedung fizikal dengan bercadang mahu membuka sehingga lebih banyak gedung di India pada tahun-tahun yang mendatang.

 

Berkaitan