Xiaomi Bakal Lancarkan Kenderaan Elektrik Isnin Depan

Sebuah anak syarikat Xiaomi, MIJIA telah berkongsi sebuah gambar 'teaser' yang dikatakan pelancaran sebuah kenderaan elektrik pada Isnin depan. Tidak pasti sama ada ianya sebuah basikal atau kereta. Gambar 'teaser' ini telah dikongsi di laman web Weibo yang secara jelas menampakkan bekas tayar kereta di latar belakang gambar tersebut. Sebenarnya Xiaomi telah pun menegeluarkan sebuah basikal elektrik sebelum ini yang diberi nama Qicycle Electric Folding Bike, besar juga kemungkinan Xiaomi akan mengeluarkan model ke dua basikal elektrik mereka.

xiaomi_mijia_teaser_1481263252762

Gambar yang dikongsikan ini juga memperlihatkan ayat dalam bahasa China yang bermaksud antara fungsi-fungsi seperti E-ABS iaitu Electirc Anti-Lock Braking System, Cruise Control dan Disc Brake. Sama-sama kita nantikan.