Xiaomi Bakal Lancar MIUI 12 Dan Mi 10 Youth Dengan 50x Zoom 27 April Ini

Selama beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai maklumat mengenai MIUI 12 telah diperkatakan. Kini, Xiaomi telah mengumumkan akan mendedahkan MIUI 12 bersama pelancaran peranti terbaru iaitu Mi 10 Youth Edition pada 27 April ini.



Melalui laman web Weibo MIUI, Xiaomi telah memberikan maklumat mengenai beberapa ciri MIUI 12 yang akan datang. Antaranya termasuk jenis tulisan yang seragam, mod gelap 2.0, dan beberapa ciri baru pada tetapan kamera.



Walaupun MIUI 12 mungkin menjadi tumpuan bagi kebanyakan pengguna sedia ada Xiaomi pada acara tersebut, syarikat itu akan turut melancarkan Mi 10 Youth Edition yang baru. Peranti ini dikatakan penjenamaan semula Mi 10 Lite 5G yang telah dilancarkan di Eropah bulan lalu.



Berdasarkan poster yang dikongsi Xiaomi, Mi 10 Youth bakal hadir dengan 4 varian warna dan menampilkan kuad kamera termasuk tetapan modul periskop sehingga 50x zoom.

Selain itu, peranti ini dijangka akan dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 765G dan mempunyai sokongan 5G.Untuk maklumat lajut mengenai MIUI 12 dan Mi 10 Youth, nantikan pelancaran pada 27 April ini.

Sumber: XDA Developers