Xiaomi Bakal Lancar Mi Curved Gaming Monitor 34 Di Malaysia 24 Ogos Ini

Xiaomi telahpun mengumumkan sebuah monitor gaming melengkung Mi Curved Gaming Monitor 34 pada bulan lalu. Terbaru, Xiaomi Malaysia mengesahkan Mi Curved Gaming Monitor 34 akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 24 Ogos ini.

pelancaran Mi Curved Gaming Monitor 34

Menyentuh spesifikasi, ia hadir dengan paparan berukuran 34 inci serta menyokong kadar segar semula 144Hz. Monitor ini mempunyai nisbah 21:9, resolusi WQHD (3440 X 1440) dan mempunyai bezel nipis 2mm.

Selain itu, ia disertakan dengan teknologi panel SVA dan sokongan warna 121% sRGB. Antara ciri lain adalah FreeSync Premium , kecerahan 300 nits dan kontras setinggi 3000:1.

Dalam pada itu, Xiaomi Malaysia turut mengumumkan satu lagi peranti bakal dilancarkan pada tarikh yang sama iaitu Mi Portable Photo Printer.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga yang bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan, nantikan pelancaran pada 24 Ogos ini.