Xiaomi Bakal Hentikan Kemaskini MIUI Untuk 6 Telefon Pintar

Selain diminati kerana mengeluarkan peranti dengan spesifikasi baik pada harga yang berpatutan, Xiaomi juga menjadi pilihan kerana menjanjikan kemaskini naik taraf untuk keluaran mereka termasuk model lama.

Mengutip laporan dari laman BGR,pembangun telah menyatakan enam keluaran versi China tidak akan lagi menerima kemaskini MIUI.

Pengumuman itu dibuat pada forum dilaman web MIUI China dan ia melibatkan model...

  • Redmi Note 3 Pro,

  • Redmi Note 3,

  • Mi 5,

  • Mi 4,

  • Mi 4C dan

  • Mi 4S.


Difahamkan lagi, Mi 5 dan Redmi Note 3 Pro hanya akan menerima MIUI 10.2. Sementara itu, Mi 4, Mi 4S dan Mi 4C akan dikemaskini buat kali terakhir dengan MIUI 10.1 pada Januari akan datang. Ini bermakna, model-model yang disebutkan tidak akan menikmati MIUI 11.

Laporan turut menyenaraikan 20 telefon pintar akan dikemaskini dengan MIUI 10 untuk peringkat yang seterusnya iaitu;

1. Xiaomi Mi Max 2

2. Xiaomi Mi 4s

3. Xiaomi Mi 4c

4. Xiaomi Mi 5s

5. Xiaomi Mi 5s Plus

6. Xiaomi Mi Max

7. Xiaomi Mi 4

8. Xiaomi Mi Max Prime

9. Xiaomi Redmi 5A

10. Xiaomi Redmi 4

11. Xiaomi Redmi 4A

12. Xiaomi Redmi 4X

13. Xiaomi Redmi Note 5A

14. Xiaomi Redmi Note 4

15. Xiaomi Redmi Note 5A

6. Xiaomi Redmi Note 4X

17. Xiaomi Redmi Note 4 (MediaTek)

18. Xiaomi Redmi Pro

19. Xiaomi Mi Note 3

20. Xiaomi Redmi 5 Plus

Sumber: BGR