Xiaomi Bakal Bangunkan Aplikasi Untuk Kawal Kereta Melalui Mi Watch

Xiaomi baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan NIO yang merupakan pengeluar automobil. Dalam kerjasama tersebut, Xiaomi telah mengumumkan bakal melancarkan aplikasi khas yang mampu melaksanakan fungsi tertentu dalam kereta dari NIO pada bila-bila masa.

Seseorang mungkin hanya memerlukan aplikasi dari jam pintar Mi Watch untuk mengaktifkan beberapa fungsi tersebut. Berdasarkan laporan, pengguna boleh memaparkan nama kereta yang ditetapkan oleh pemilik pada aplikasi NIO melalui jam pintar tersebut. Ia turut memaparkan maklumat lain berkaitan kenderaan seperti status pemanduan semasa, tahap kuasa dan status bateri yang tinggal dan lain-lain.

Dalam pada itu, notifikasi yang diterima dengan segera melalui Mi Watch ini sangat berguna dengan pelbagai cara termasuk mengetahui tahap tekanan tayar yang berada pada paras normal atau sebaliknya.

Kapsyen: Gizmochina


Dari segi fungsi yang boleh dikendalikan dari jauh, melalui aplikasi ini seseorang boleh membuka pintu, menghidupkan penghawa dingin, mengunci atau membuka kunci pintu, dan juga menaikkan atau menurunkan cermin tingkap kenderaan. Selain itu, aplikasi ini turut membolehkan pemilik mengesan lokasi kenderaan jika terlupa lokasi tempat letak kenderaan tersebut.

Setiap kenderaan akan menerima sokongan aplikasi NIO pada Xiaomi Mi Watch. Fungsi seperti NFC juga bakal ditawarkan pada masa akan datang.

Sumber: Gizmochina