Xiaomi Akui Paparkan Iklan Pada MIUI, Namun Punya Alasan Tersendiri Untuk Melakukannya

Mahukan peranti dengan spesifikasi yang tinggi namun pada harga mampu milik? Pastinya peranti Xiaomi menjadi antara pilihan utama. Hal ini boleh terjadi kerana Xiaomi sebelum ini pernah mendakwa bahawa mereka hanya mengambil 5% keuntungan daripada jualan perantinya.

Namun, sejak beberapa hari lalu, arena Internet mula riuh dengan rungutan pengguna peranti mereka yang menggunakan MIUI berkenaan iklan yang muncul di peranti mereka, termasuk di laman Tetapan.

Kredit : Chootingfeng @ Reddit


Menjawab rungutan itu kepada The Verge, Xiaomi mengakui mereka terpaksa memaparkan iklan itu bagi membantu mereka mendapatkan pendapatan tambahan.

Bagaimanapun, Xiaomi berjanji akan mencari jalan penyelesaian seperti membenarkan pengguna untuk memilih jumlah paparan iklan yang akan disiarkan.

Untuk pengetahuan, peranti Xiaomi yang menggunakan sistem Android asli Android One seperti Mi A2 tidak menghadapi masalah yang sama. Xiaomi juga berharap agar pengguna memahami sebab mereka memaparkan iklan pada peranti mereka selama ini.

 

Sumber