Xiaomi Akan Sediakan Butang Untuk Matikan Kesemua Iklan Pada MIUI

Pemilik peranti Xiaomi pastinya sudah biasa melihat iklan terpapar pada skrin. Ia boleh dibuang dengan beberapa langkah namun berdasarkan perkembangan terbaru, pengeluar akan sediakan cara yang lebih mudah.

Bagi memberikan pengalaman penggunaan tanpa gangguan iklan, Xiaomi dikhabarkan akan menyertakan satu butang yang berfungsi mematikan kesemua iklan. Ia sudahpun ditambah pada versi beta 9.8.29 di China.



Keuntungan yang dijana daripada iklan, membolehkan Xiaomi mengekalkan harga mampu milik untuk peranti mereka selain membantu meningkatkan lagi kualiti perkakasan serta perisian.

Sumber: XDA Developers