Xiaomi Akan Lancar Mi Box, Boleh Ubah Sebarang TV Kepada TV Pintar

Xiaomi telah menjadualkan pelancaran siri Mi 10 mereka untuk pasaran India pada esok, 8 Mei 2020. Selain menawarkan barisan telefon pintar terbaru, syarikat pengeluar turut mengacah penawaran beberapa lain.

Tidak menyatakan secara spesifik, tetapi ia dipercayai merupakan Mi Box terbaru dengan slogan "TURN ANY TV INTO SMART TV". Diletakkan dibawah produk IoT Xiaomi, penawaran ini dijangka akan mendapat sambutan hangat bagi pengguna yang belum memiliki tv pintar.



Selain Mi Box, Pengarah Urusan Xiaomi India turut menguar-uarkan kedatangan fon telinga TWS dengan rekaan terbaru.



Untuk spesifikasi dan maklumat lebih lanjut mengenai peranti-peranti ini, kita nantikan acara pelancaran pada 8 Mei ini.