XDA Dengan Kerjasama F(x)tec Hasilkan Telefon Pintar Yang Menjalankan LineageOS Dan Ubuntu Touch


XDA kini telah bekerjasama dengan F(x)tec dengan menghasilkan sebuah telefon pintar dengan perisian yang menjalankan LineageOS dan juga Ubuntu Touch OS.

Telefon pintar tersebut adalah F(tec)x Pro1-X. Ia merupakan telefon pintar dari model Pro1 pada tahun lepas dengan papan kekunci fizikal dan juga perkakas yang sudah berusia.

https://vimeo.com/471380106

Telefon ini dijana Snapdragon 835, 8GB RAM dan juga storan dalaman 256GB. Skrin pula adalah berukuran 5.99 inci OLED FHD+ dengan kamera belakang 12MP dan swafoto 8MP.

Bateri pula dimuatkan sebanyak 3,200mAh dan menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0 dan USB-PD.



Penawaran unik telefon ini bukanlah dari segi spesifikasi sebaliknya perisian ubah suai berpandukan Android asli. Menariknya ia juga bakal menyokong SailfishOS dan juga Windows pada masa akan datang.

Namun begitu, F(tec)x Pro1-X dipasarkan pada harga agak tinggi dan kurang kompetitif pada $899 melalui kempen Indiegogo. Jika anda membeli telefon ini, anda hanya akan menerimanya pada Mac 2021 kelak.

Rujukan dan kredit: XDA