Xcode Mengesahkan Kesemua Model iPhone 11 Hanya Dilengkapi RAM 4GB Sahaja

Ia tidak sedikit pun mencacatkan prestasi iPhone.


Sebelum ini terdapat beberapa perkongsian info berkenaan spesifikasi iPhone 11 yang mendakwa barisan iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max memiliki RAM berkapasiti 6GB.

Tetapi berdasarkan semakan menerusi aplikasi Xcode, ia menunjukkan bahawa kesemua model iPhone 11 hanya memiliki RAM berkapasiti 4GB sahaja.

Walaubagaimanapun, para pemerhati akan cuba mengesahkan kapasiti RAM iPhone 11, 11Pro dan 11 Pro Max dalam minggu ini menerusi semakan terhadap firmware iOS sekali lagi.

https://twitter.com/stroughtonsmith/status/1174487460795092992?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1174487460795092992&ref_url=https%3A%2F%2Fariffmac.com%2Fkesemua-model-iphone-11-hanya-memiliki-ram-4gb-sahaja%2F

Selain kapasiti RAM, laman pangkalan data TENAA China pula mengesahkan kapasiti bateri yang dimiliki barisan model iPhone 11.

iPhone 11
● Model: A2223
● CPU: 2.6GHz
● RAM: 4GB
● Battery: 3110mAH

iPhone 11 Pro
● Model: A2217
● CPU: 2.66GHz
● RAM: 4GB
● Battery: 3046mAH

iPhone 11 Pro Max
● Model: A2220
● CPU: 2.66GHz
● RAM: 4GB
● Battery: 3969mAH

Sumber: Macrumors