Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Platform X Twitter

X Menghadapi Masalah Akses Seluruh Dunia

Diterbitkan April 29, 2024 · Dikemas kini April 29, 2024 oleh Amsyar Latif

Kemas kini 5:28 PM : Masalah akses yang dihadapi X dilihat sudah pulih.

Kemas kini 4:35 PM : Walaupun ada beberapa pengguna yang sudah boleh menggunakan X, tetapi ia masih lagi belum pulih sepenuhnya seperti halaman menunjukkan pemuatan atau tidak dapat melihat kiriman balas dalam sesuatu “Twit”.

Aplikasi X (Twitter) kini sedang mengalami masalah untuk akses di seluruh dunia. Melihat kepada laporan downdetector, masalah tersebut baru sahaja berlaku kira-kira kurang daripada sejam yang lepas.

Kami juga mendapati yang ia tak terhad untuk versi web semata-mata kerana aplikasi di telefon juga menghadapi masalah sama seperti menunjukkan paparan pemuatan (loading) atau tidak boleh membuat kiriman baharu (sekiranya anda berada di halaman utama).

Screenshot 2024-04-29 at 4.21.46 PM

Disebabkan ini, ramai juga pengguna beralih ke Threads untuk memastikan yang X benar-benar ‘down’.

Oleh yang demikian, sama-sama kita tunggu bagi pihak X untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY