Jika rimas dengan iklan-iklan di Facebook atau Twitter yang menjengkelkan, bolehlah lari ke WT:Social.

Jimmy Wales, individu yang bertanggungjawab bersama membangunkan laman Wikipedia kini menawarkan laman sosial terbaru yang dikenali sebagai WT:Social kepada para pengguna internet.

Ia merupakan laman sosial yang menjanjikan bebas daripada sebarang clikbait dan tiada lagi dipaparkan iklan-iklan di dalamnya.

Instead of optimizing our algorithm to addict you and keep you clicking, we will only make money if you voluntarily choose to support us—which means that our goal is not clicks but actually being meaningful to your life,” Jimmy Wales.

Setakat ini pengguna WT:Social didakwa telah melebihi 80 ribu pengguna.

IKLAN

Namun begitu, walaupun platfom sosial baru ini boleh didaftar secara percuma, tetapi pengguna percuma perlu menunggu giliran bagi membolehkan mereka mendapat akses penuh ke platfom tersebut.

IKLAN

Sebaliknya pengguna berbayar yang melanggan setiap bulan (USD12.99 atau USD100/setahun) akan lebih dulu dapat mengakses sepenuhnya platfom itu.

Sumber: PCMag