World Wide Web Sudah Berusia 30 Tahun, Sudah Mempunyai Lebih Dari 1.6 Bilion Halaman Web

World Wide Web atau singkatannya, WWW, merupakan akses kepada rangkaian kandungan dalam talian yang digunakan kita melalui sambungan internet.

Mula dibangunkan sekitar 1989, ia kini sudah mencecah usia 30 tahun pada 12 Mac lepas.

Siapa mengilhamkan World Wide Web?

Kapsyen: Kredit foto: Global Geneva


Ia merupakan cetusan idea daripada saintis komputer, Tim Berners-Lee, dimana beliau mengemukakan cadangan untuk mewujudkan sistem pengurusan informasi yang menawarkan akses kepada semua melalui internet, bukan sahaja untuk berkomunikasi tetapi juga bagi menyimpan dan mengakses dokumen serta data dalam talian.

Beliau menggambarkan sistem pengurusan maklumat itu sebagai "pangkalan data hiperteks besar dengan pautan yang ditaip".  Cadangan idea terbabit dihantar kepada pihak atasan di CERN (Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah).

Ketua beliau ketika itu, Mike Sendall, meluluskan cadangan tersebut dan setahun kemudian, Tim Berners-Lee dibenarkan membeli komputer NeXT yang beprestasi tinggi, direka untuk tugasan teknikal dan saintifik (dibangunkan oleh Steve Jobs, setelah meninggalkan Apple).

Kapsyen: Komputer NeXT yang digunakan oleh Berners-Lee | Kredit foto: CERN


Halaman web pertama dibangunkan pada 1991

Pada tahun 1991, Lee membangunkan halaman web pertama didunia menggunakan komputer NeXT itu dengan paparan tajuk "World Wide Area" disertakan dengan pautan tambahan ke halaman informasi mengenai dirinya, kumpulan saintis, sejarah projek yang dilakukan mereka dan lain-lain.



Halaman web kini berjumlah lebih dari 1.6 bilion

Mencecah angka 1 bilion pada September 2004, namun jumlah itu menurun disebabkan turun anik bulanan dalam jumlah laman web yang tidak aktif. Ia sekali lagi meningkat secara signifikan dimana pada Januari 2016 merekodkan 900 juta halaman web kepada 1.7 bilion di penghujung tahun yang sama.



Antara yang menarik mengenai World Wide Web

  • Jumlah pengguna setakat Disember 2018 sudah mencecah 41 bilion seluruh dunia

  • 49% pengguna berada di Asia dengan pengguna terbanyak adalah di China, 802 juta orang.

  • Seluruh wilayah di Iceland dikatakan sudah mempunyai akses internet, penembusan internet 100%.


Halaman web popular diawal pelancaran

Pinterest (2010)



Dropbox (2008)



Tumblr (2007)



Twttr (2006)



Youtube (2005)



Reddit (2005)



Thefacebook (2004)



Flickr (2004)



LinkedIn (2003)



PayPal (1999)



Google (1998)



AuctionWeb (Ebay,2005)



Amazon (1995)



Altavista (1995)



Yahoo (1994)



WWW Project (1991)



Pandangan Berners-Lee selepas 30 tahun kewujudan web

Menggarap laporan dari CBC, Lee menyatakan tiga sumber yang menjejaskan fungsi web hari ini.

Pertamanya adalah tingkah laku berniat jahat seperti pengodaman dan gangguan dalam talian. Keduanya, web dengan model pendapatan berasaskan iklan yang digunakan banyak gergasi teknologi seperti Google dan Facebook.  Syarikat sepatutnya mencari jalan lain supaya keuntungan jangka pendek mereka tidak mengorbankan hak asasi manusia, demokrasi, fakta saintifik atau keselematan awam, ujar beliau sepertimana yang dilaporkan oleh CNBC.

Lee turut mengkritik syarikat-syarikat tersebut atas isu eksploitasi data peribadi pengguna.

Terakhir sekali yang dinyatakan adalah berkaitan buli siber dan perkongsian berbaur kebencian yang banyak dikongsikan dalam talian.

Menurut Lee, pengguna memainkan peranan penting dalam menjadikan perbualan dilaman web lebih aman dan bertanggungjawab keatas data peribadi mereka.

Sumber: CNBC, InternetLiveStats