WinRAR Ada Kelemahan, Dedahkan Pengguna Kepada Virus

WinRAR merupakan satu perisian popular digunakan untuk menyimpan data atau fail dalam format ZIP dan RAR.

Namun begitu, Check Point sebuah syarikat perisian telah menemukan kelemahan pada WinRAR yang mana sudah berlanjutan sejak 2005 lagi.

Kelemahan ini boleh dimanipulasi pengodam untuk memasang perisian hasad (malware) pada komputer pengguna untuk mendapatkan kawalan pada sistem peranti.

Difahamkan ia berpunca daripada DLL lama (Dynami Link Library) yang digunakan WinRAR untuk memproses fail yang telah dimampatkan dalam format ACE.

Pepijat pada DLL tersebut menyebabkan perisian mengekstrak fail ke dalam Startup Folder, membawa maksud perisian hasad itu akan dijalankan secara automatik setiap kali komputer dihidupkan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=36&v=R2qcBWJzHMo

Lanjutan dari itu, pihak pembangun perisian telah mengeluarkan kemaskini untuk pengguna (5.70 beta 1)

Sumber: PC Mag

Berkaitan