Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11 search highlights

Windows 12 Mungkin Diperkenal Pada 2024

Diterbitkan Julai 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Windows Central melaporkan Microsoft sedang mengubah rancangan pelepasan kemas kini untuk sistem operasi mereka, Windows.

Syarikat itu dikatakan akan kembali ke cara lama di mana kemas kini utama (major) akan dilepaskan setiap lebih kurang 3 tahun.

Namun, dalam tempoh tersebut, ciri-ciri baharu tetap akan dikeluarkan pada pengguna melalui kemas kini kecil-kecilan dan lebih banyak berbanding sebelum ini.

Kemas kini utama yang dikenali Sun Valley 3 yang sepatutnya dilancarkan tahun depan akan ditunda sehingga ke 2024. Kemas kini ini mungkin dikenali sebagai Windows 12.

Bermula Windows 11 versi 22H2, Microsoft memperkenal Moments di mana segala ciri baharu akan dilepaskan melaluinya di luar kemas kini utama.

Terdahulu, Microsoft meletakkan tetapan kemas kini utama akan dilepaskan setiap tahun.

Dalam Windows 10, Microsoft membawakan kemas kini utama ini lebih kerap di mana 2 kali setahun namun ia menyebabkan banyak isu akibat ketidakstabilan.

Ura-ura ini bagaimanapun masih belum disahkan secara rasmi oleh Microsoft.

Sumber: Windows Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY