Windows 10 Kini Memudahkan Fungsi Copy & Paste Antara PC Dan Peranti Mudah Alih

Dengan populariti platform mudah alih yang kian berkembang, Microsoft akur peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet adalah masa depan pengkomputeran-Android atau iOS.

Jadi pada persidangan baru-baru ini, Microsoft memperkenalkan fungsi baru yang bakal memperlihatkan sambungan dari platform window ke peranti mudah alih dipertingkatkan.

microsoft_copy_paste_1494564120112

Pengguna Microsoft dapat salin apa-apa isi kandung di peranti Windows dan tampal ke peranti mudah alih. Pengguna dapat salin dan tampal pautan, nota, fail, gambar dan sebagainya. Ianya beroperasi menggunakan aplikasi Clipboard dengan sistem Cloud.

Fungsi ini dapat digunakan dengan syarat kedua-dua peranti tersebut perlu di log masuk ke akaun Microsoft terlebih dahulu. Ianya dilihat dapat memudahkan lagi penggunaan dan keserasian antara PC Window dan telefon pintar.

dc-Cover-dg0j7pe50ss5lbpv04bd6v4n11-20170513204306.Medi

Ini bermakna jika pengguna menjumpai sesuatu maklumat di telefon, mereka boleh copy dan paste terus ke PC tanpa perlu lagi menggunakan storan USB atau email contohnya untuk memindahkan fail yang dijumpai dari peranti ke peranti.

Fungsi ini akan diperkenalkan bersama kemaskini Windows 10 Fall Creators yang juga akan mengetengahkan pembaharuan besar untuk sistem operasi Windows. Antara yang menarik, Microsoft juga melancarkan ciri baru dinamakan Timeline dan Cortana.

Sumber