Windows 10 Kini Dioperasikan Pada 600 Juta Peranti

Angka pengguna aktif Windows 10 telah dilaporkan menjangkau 600 juta pengguna berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh CEO Microsoft, Satya Nadella.

Peningkatan sebanyak 100 juta telah direkodkan sejak bulan Mei yang lalu dengan majoriti daripadanya adalah dioperasikan pada komputer. Antara peranti lain yang turut menggunakan sistem operasi ini adalah, Xbox One, telefon pintar, dan beberapa peranti istimewa seperti HoloLens dan Surface Hub.



Diawal pelancaran Windows 10 pada pertengahan 2015 lepas, Microsoft menyasarkan 1 bilion peranti menjalankan sistem operasi ini dalam masa tiga tahun.

Tahun lalu, syarikat menyedari yang mereka tidak berupaya melepasi angka tersebut serta ditambah dengan penamatan sokongan keatas Windows Phone. Melihat kepada kadar penggunaan semasa, dijangka angka akan terus meningkat melebihi 700 juta pengguna.

Sumber: Ars Technica