Windows 10 Insider 18898: Task Manager Akan Papar Jenis Cakera Keras Yang Digunakan Komputer

Windows 10 Insider Preview Build 18898 telah dilepaskan untuk pengguna Fast Ring, dimana ia terkandung dengan ciri baru pada bahagian Task Manager.

Pada ruang 'Performance' di Task Manager bagi versi ini, ia akan menunjukkan jenis hard disk yang dipasang pada komputer anda. Sebagai contoh, jika komputer anda memiliki SSD, Task Manager akan memaparkan "SSD" pada ruang tersebut.



Walaupun ini bukanlah perubahan besar, namun ia sedikit sebanyak memudahkan pengguna dalam mengenal pasti dengan pantas storan ketika sedang menyelesaikan masalah.

Windows 10 Preview Build 18898 merupakan sebahagian daripada kemaskini utama Windows 10 yang dijangka dilepaskan kepada umum pada separuh pertama 2020.

Sumber: Windows