Windows 10 Dikhabarkan Mungkin Akan Ditawarkan Dalam Bentuk Langganan Bulanan

Ia akan ditawarkan kepada pelanggan Microsoft Office 365 dengan ciri tambahan. 


WindowsUnited, sebuah laman berita dari Denmark melaporkan bahawa mereka menerima khabar angin dari sumber yang boleh dipercayai yang mendakwa sistem operasi Windows 10 akan ditawarkan dalam bentuk langganan kepada pengguna.

Langganan Windows 10 itu didakwa akan ditawarkan secara pakej di dalam aplikasi Microsoft Office 365.

"We have received confirmation from a trustworthy source who is familiar with the subject, Microsoft 365 will actually include Windows 10 for consumers." WindowsUnited.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna pengguna komputer terpaksa melanggan Windows 10 secara bulanan atau tahunan.

WindowsUnited turut menyatakan bahawa langganan menerusi pakej tersebut akan memberikan ciri tambahan kepada Windows 10 versi langganan yang tidak ada pada versi biasa.

Microsoft sebelum ini memang ada menyatakan hasrat mereka bagi mengintegrasikan pelbagai aplikasi yang dibangunkan mereka.

Tawaran pakej langganan ini didakwa akan mula ditawarkan pada pertengahan tahun 2020 nanti.

Sumber: MS Power User

Berkaitan