Bermula dengan aplikasi Microsoft Office.
Microsoft hari ini mengumumkan pengguna Windows 10 bakal menerima rekaan baru bagi ikon-ikon aplikasi secara berperingkat.
Ia bermula dengan rekaan ikon baru bagi aplikasi pejabat Microsoft Office. Kemudiannya secara berperingkat aplikasi-aplikasi lain yang sedia ada dalam di dalam sistem Windows 10 seperti Alarms & Clock, Calculator, Mail dan Calendar pula akan menerima rekaan ikon baru.
Malah ikon aplikasi-aplikasi yang dipaparkan di Microsoft Store juga akan mula memaparkan rekaan ikon yang baru.
Cuma buat masa ini, hanya pengguna versi Windows 10 Insider Preview Build 19569.1000 dan Windows Insiders Fast ring sahaja yang akan menerima rekaan ikon baru bagi aplikasi-aplikasi di dalam Windows 10.
Tetapi Microsoft tiada pula menyatakan bilakah rekaan ikon baru ini akan mula hadir pada semua pengguna Windows 10.
Pada Disember 2019 lalu, menerusi pasukan reka bentuk Microsoft, mereka telah perlihatkan lebih awal sampel ikon-ikon baru yang akan digunakan pada aplikasi Microsoft Office 365.
Berkaitan
- 4 Ciri Baru Akan Diperkenalkan Pada Tetapan 'wallpaper' Aplikasi WhatsApp
- Anda Digesa Semak Dan Buang Segera 203 Aplikasi Android Dan iOS Ini Dari Peranti
- Pelanggan Premium Spotify Kini Berjumlah 100 Juta Pengguna
- Abaikan Saja Kemas Kini Mengarut Windows 10 Yang Ditawarkan Microsoft
- Ini Senarai 10 Telefon Pintar 'Flagship' Android Paling Berprestasi Bagi Februari 2023 - AnTuTu
- SKMM Menasihatkan Pengguna Peranti Pintar Supaya Sentiasa Mengemas Kini Aplikasi-Aplikasi Yang Ada Di Dalam Peranti Mereka
- Tema Gelap Aplikasi WhatsApp Turut Akan Tiba Di Platfom Komputer Dan Versi Sesawang
- Sebahagian Pengguna Aplikasi Google Duo Di Android Sudah Ditukar Kepada 'Meet'
- Aplikasi Media Sosial Trump Akhirnya Dilancarkan, Jadi Aplikasi Paling Popular Di iPhone
- Lebih 1000 Foto Terbaru Memaparkan Lanskap Bumi Di Dalam Laman Earth View