Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mencipta Ikon Shutdown Pada Windows 10

Windows 10 Akan Memaklumkan Lebih Awal Sebelum Berlakunya Kegagalan Fungsi Storan SSD

Diterbitkan Oktober 2, 2020 · Dikemas kini Oktober 2, 2020 oleh ariff bukhari

Satu ciri terbaru yang sedang dalam peringkat percubaan oleh Microsoft untuk Windows 10 adalah ciri notifikasi awal sebelum berlakunya kegagalan fungsi storan NVMe SSD.

Windows 10 Akan Memaklumkan Lebih Awal Sebelum Berlakunya Kegagalan Fungsi Storan SSD
Kredit: Microsoft

Jika pengguna klik pada paparan notifikasi yang keluar seperti rajah di atas, pengguna akan boleh melihat perincian informasi berkaitan status storan SSD tersebut.

Windows 10 Akan Memaklumkan Lebih Awal Sebelum Berlakunya Kegagalan Fungsi Storan SSD
Contoh informasi status storan SSD. Kredit: Microsoft

Microsoft mengharapkan dengan adanya ciri ini, pengguna Windows 10 akan dapat menyelamatkan data mereka dengan menyalin data dari storan yang hampir rosak ke storan lain.

“It is strongly recommended that users immediately back up their data after receiving a notification.” Microsoft.

Ciri baru ini sudah pun ditawarkan kepada pengguna Windows 10 Insider Preview Build 20226 sebagai percubaan awal.

Walaubagaimanapun Microsoft tidak menyatakan bilakah ciri baru ini akan mula ditawarkan kepada semua pengguna Windows 10.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY