Window 10 Versi 1809 Kini Bolehkan Anda Cabut Pemacu USB Bila-Bila Masa Sahaja Tanpa Perlu “Safely Remove Hardware”

Reading Time: 2 minutes

Mencabut terus pemacu USB tanpa Safely Removed Hardware memberi risiko kerosakan data yang terkandung didalamnya.

Microsoft sedia menguruskan storan luar seperti pemacu USB dengan dua polisi iaitu Quick Removal dan Better Performance. Kedua-duanya berbeza dimana Quick Removal tidak melakukan proses cache data dan sebaliknya bagi Better Performance.

Melalui Quick Removal pengguna tidak perlu lagi tekan eject untuk proses Safely Remove Hardware dan boleh mencabutnya pada bila-bila masa (maksudnya selepas selesai operasi pindah data).

Polisi Quick Removal telah dijadikan sebagai tetapan lalai (default) sejak Windows versi terdahulu lagi (XP atau 7), tetapi apabila pertama kali dipasang dengan pemacu USB baru contohnya, ia akan menggunakan Better Perfomance.

Kini menerusi Windows 10 versi 1809, tetapan default ditetapkan secara terus pada Quick Removal dan tidak bertukar kepada Better Performance, walaupun pemacu USB itu tidak pernah digunakan pada komputer terbabit.

  • Quick Removal – Polisi ini membenarkan storan dicabut pada bila-bila masa tanpa menuruti proses Safely Remove Hardware. Ia bagaimanapun tidak mengendalikan proses cache data dan ini mungkin merendahkan sedikit prestasi.
  • Better Performance – Polisi ini menguruskan operasi storan yang meningkatkan prestasi sistem. Apabila polisi ini digunakan, pengguna perlu lakukan Safely Remove Hardware dimana ia akan memastikan proses cache data selesai terlebih dahulu.

Bagi yang mahu bertukar polisi pengendalian storan luar ini, anda boleh mengikut langkah-langkah dibawah.

  • Sambungkan peranti storan pada komputer.
  • Klik kanan pada Start dan pilih File Explorer.
  • Dalam File Explorer, kenal pasti label pemacu USB tersebut (contoh label seperti  USB Drive (D:))
  • Klik kanan pada Start sekali lagi dan pilih Disk Management
  • Dibawah tetingkap Disk Management, klik kanan pada label peranti dan klik Properties.

  • Pergi ke Policies dan pilih polisi yang mahu digunakan.

Sumber: Microsoft

Helmi Samsuri
Tentang Penulis

Pengerusi Kelab Catur Wiser.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *