Winamp Akan Buat Kemunculan Semula Tahun Hadapan

Cukup popular sekitar 90'an, pemain muzik Winamp dilaporkan akan buat kemumculan pada tahun hadapan.

Winamp telah dibeli pada 2014 lalu oleh Radionomy, dan CEO syarikat tersebut percaya mereka mampu bersaing dengan Apple Music, Spotify dan beberapa penstriman lain.

Memetik laporan dari Tech Crunch, Alexandre Saboundjian, CEO Radionomy telah menyatakan versi baru yang meneruskan legasi Winamp akan hadir tahun hadapan. Ia juga menjanjikan pengalaman mendengar yang lebih baik.

Tiada perincian bagaimanan versi baru itu akan tampil tetapi rancangan awal adalah mengemaskini kedua-dua platform; komputer dan mudah alih menjadi satu, serta pengalaman carian untuk semua audio daripada pelbagai sumber.

Berita lain mengenai Winamp untuk desktop akan dikemaskini  dari 5.666 kepada 5.8 akan ditawarkan 18 Oktober ini.

Sumber: Tech Crunch