Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wiko Y61 XL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 299

Wiko Y61 XL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 299

Diterbitkan Ogos 18, 2020 oleh Amsyar Latif

Umum mengetahui, Wiko telah melancarkan Wiko Y61 pada Jun yang lalu. Kali ini Wiko menambah varian terbaru dalam siri Wiko Y, iaitu Wiko Y61 XL.

Wiko Y61 XL hadir dengan paparan skrin lebar 6 inci dengan resolusi 480*960 panel IPS. Peranti ini dijana dengan pemproses MediaTek 6761WE, Quadcore 1.8 Ghz dengan sokongan rangkaian 4G. Ia hadir dengan kapasiti 32GB, RAM 2GB dan menyokong kad mikro SD sehingga 256GB.

Peranti ini dimuatkan dengan lensa 5MP pada bahagian hadapan. Pada bahagian belakang terdapat satu lensa 8MP dan mempunyai fungsi bokeh, beauty mod serta Lens Go untuk terjemahan.

Bateri yang terdapat dalam peranti ini berkapasiti 3,000 mAh. Ia juga menjalankan sistem operasi Android TM 10 (Go Edition).

Untuk pasaran Malaysia, Wiko Y61 XL hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Deep Grey, Deep Green serta Gold dan dijual pada harga RM 299.

Wiko Y61 XL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
©2026 WISER.MY