Wiko Y60 Sudah Mula Dijual, Peranti Android Go Yang Diletakkan Pada Harga RM269

Android Go merupakan sebuah sistem operasi yang dibangunkan khusus untuk peranti berspesifikasi asas pada harga mampu milik. Salah satu penawaran terbaru yang menjalankan sistem operasi ini adalah Wiko Y60.



Diumumkan oleh Wiko Malaysia, Y60 dibawa masuk ke dalam pasaran dengan skrin paparan 5.45 inci bersama nisbah paparan 18:9. Komponen bahagian dalam pula menggunakan cip MediaTek MT6739, RAM 1GB dengan storan dalaman sebesar 16GB. Bagi simpanan data yang lebih besar, slot kad MikroSD sehingga 128GB disediakan.



Tetapan kamera belakang dan hadapan mendatangkan lensa kamera 5MP dan Wiko Y60 terdapat dengan 3 pilhan warna iaitu gradient dark blue, gradient bleen dan gold. Peranti ini dijana dengan bateri 2500mAh dan dijual pada harga RM269 diseluruh pengedar sah Wiko Malaysia.