Wiko View 4 Lite Ditawarkan Pada Harga RM 337 Sempena Ulang Tahun Lazada

Pengeluar telefon pintar dari Perancis jenama Wiko telah memperkenalkan model terbaru darinya iaitu Wiko View 4 Lite pada dua minggu yang lepas. Peranti tersebut ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu RM 399.

Kini, bersempena ulang tahun Lazada yang kelapan, Wiko menawarkan potongan harga pada model tersebut dengan RM 337 (jimat RM 62). Tawaran ini hanya pada satu hari sahaja iaitu 27 Mac 2020. Jika anda berminat, anda boleh klik pautan ini untuk mendapatkannya.



Wiko View 4 Lite dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio A25 dan mempunyai skrin bersaiz 6.52 inci. Pada bahagian kamera belakang peranti ini, terdapat dua lensa iaitu 13MP kamera utama dan 2MP depth serta 5MP bagi kamera hadapan.

wiko

Telefon pintar ini tampil dengan tiga pilihan warna iaitu Deep Green, Deep Gold dan Deep Blue. Selain itu, ia turut mempunyai bateri yang berkapasiti 4000mAh serta dilengkapi dengan 64GB memori simpanan dan RAM 2GB.