Wiko Lancar Power U20 Dan Power U10, Bateri Sebesar 6000mAh Pada Harga Bawah RM500

Wiko kini melancarkan siri Power baharu, iaitu Power U20 dan Power U10. Sesuai dengan namanya, Wiko mempetaruhkan bateri yang besar dan lebih tahan lama bagi dua telefon ini.

Power U20




Telefon ini didatangkan dengan skrin 6.8 inci beresolusi HD+ dengan memori 3GB RAM dan dipadankan cip MediaTek Helio G35.

Turut hadir storan 32GB dengan sokongan storan tambahan sehingga 256GB melalui kad mikroSD. Ia juga menggunakan imbasan wajah untuk nyahkunci telefon dan masih mempunyai butang Google Assistant.

Bagi kamera pula, dilengkapi tiga kamera iaitu 13MP+2MP+lensa AI. Walaupun telefon ini berkelas permulaan, ia menjalankan sistem operasi Android 11.

Selain itu, bateri dimuatkan sebesar 6000mAh yang mana Wiko menjanjikan penggunaan sehingga 4 hari dengan hanya sekali cas.

Power U10




Tidak banyak perbezaan pada telefon ini berbanding Power U20. Ia masih menggunakan skrin yang sama 6.8 inci HD+, kamera belakang 13MP (camera GO) dengan lensa AI serta swafoto 5MP.

Power U10 dikuasakan cip MediaTek Helio A25 yang digandingkan 2GB RAM, 32GB storan dan kad mikroSD tambahan sehingga 256GB.

Ia masih hadir dengan butang Google Assistant dan imbasan wajah untuk nyahkunci telefon. Akan tetapi, telefon ini menjalankan Android 11 Go Edition.

Kapasiti bateri pula hanya kurang sedikit berbanding Power U20, iaitu 5000mAh yang mana boleh digunakan sehingga 3.5 hari.

Harga Jualan


Wiko Power U20 mempunyai tiga pilihan warna, iaitu Slate Grey, Navy Blue dan Mint. Harga yang diletakkan adalah RM429.

Manakala Wiko Power U10 dijual pada harga RM379 dengan pilihan warna Carbone Blue, Denim Blue dan Turquoise.

Kedua-dua telefon ini turut diberi jaminan satu tahun dengan bonus penukaran telefon 1-to-1 dalam masa 120 hari dari tarikh pembelian.

Jika anda berminat untuk memilikinya, ia sudah tersedia bermula hari ini, 17 Mac 2021.

Sumber: Siaran Akhbar Wiko