Wiko Jerry Kini Memasuki Pasaran Malaysia










Syarikat pengeluar telefon pintar Perancis,
Wiko telah mula memasarkan produk mereka bagi pasaran Malaysia. Model telefon
pintar yang dinamakan Wiko Jerry itu boleh di beli dengan harga serendah RM299
sahaja.









Wiko Jerry dihadirkan dengan skrin paparan
IPS 5 inci, dikuasakan dengan pemproses Quad-Core 1.3Ghz, digandingkan bersama
1GB RAM dan mempunyai storan tambahan sehingga 64GB.







Telefon pintar itu dilengkapi dengan kamera
belakang 5MP, dan 2MP untuk kamera selfie. Mempunyai bateri bersaiz 2000 mAh
dan anda boleh menggunakan dwi sim yang menyokong sambungan 3G.







Selain itu, ia beroperasi menggunakan Android
Marshmallow 6.0. Telefon pintar ini boleh didapati dengan dua variasi warna
iaitu perak dan kelabu. Wiko Jerry merupakan peranti yang sangat sesuai bagi
anda yang mencari telefon pintar tapi tidak mempunyai bajet yang besar.

Berkaitan