WhatsApp Untuk Tablet Sedang Dipersiapkan

Platform pemesejan segera WhatsApp cukup  popular digunakan masa kini. Namun begitu, ia sedikit menghampakan beberapa pengguna kerana tidak ditawarkan pada platform Android untuk tablet.

Berdasarkan perkembangan terbaru, WhatsApp untuk tablet sudah mula disenaraikan pada Google PlayStore. Buat masa sekarang, penawaran terhad kepada pengguna yang menyertai ujian Beta.

Tablet yang digunakan juga perlu mempunyai sokongan kad SIM kerana ia tidak boleh berfungsi pada peranti yang hanya bergantung kepada sambungan WiFi sahaja.

Dengan ujian beta sedang dijalankan ini, ia menggambarkan aplikasi rasmi untuk tablet bakal hadir tidak lama lagi dan pengguna tablet tidak lagi perlu memuat turun fail APK.

Sumber: @WABetaInfo