WhatsApp Untuk iPhone Akan Ditawarkan Dengan Dua Fungsi Baru

Tempoh hari, WhatsApp dikatakan telah mengemaskini aplikasi untuk peranti iOS dengan dua ciri baru.

Berdasarkan laporan dari WABetaInfo, kemaskini terbaru itu dihadirkan secara berperingkat kepada pengguna iPhone dan ia hanya terhad kepada iOS 10 dan keatas.

Ciri pertama adalah Suspicious Links, dimana ia berfungsi mengenalpasti pautan mencurigakan yang diterima dalam perbualan.



Proses kenalpasti dilakukan didalam aplikasi bermakna data tidak dibaca dari dalam server. Pautan yang diterima akan dikelaskan sebagai mencurigakan sekiranya ia terkandung dengan karakter yang jarang digunakan.

Satu lagi ciri Notification Extension yang membolehkan pengguna melihat foto atau imej berformat GIF pada ruangan notifikasi.

Sebelum ini, apabila pengguna menerima hantaran berupa foto, notifikasi hanya memaparkan simbol kamera. Dengan kehadiran ciri ini, pengguna boleh terus memuat turun hantaran terus dari ruang notifikasi.



Seperti yang dinyatakan oleh WABetaInfo, ia bakal hadir kepada pengguna secara berperingkat dan mungkin ada diantara anda yang sudah boleh menggunakan dua ciri diatas.

Sumber: WABetaInfo