WhatsApp Untuk iPad Akan Ditawarkan Tidak Lama Lagi

Platform pemesejan popular, WhatsApp dilapor sedang bersiap-siap untuk melancarkan aplikasi berkenaan bagi platform iPad.



 

Walaupun sudah berusia hampir 8 tahun, WhatsApp masih belum lagi ditawarkan secara rasmi pada peranti iPad. Sebelum ini jika mahu mengakses WhatsApp di iPad, pengguna boleh membuka menerusi WhatsApp Web menggunakan pelayar internet dan ia agak menyusahkan.

Walaubagaimanapun, penawaran WhatsApp untuk iPad masih belum diketahui bila tetapi boleh diandaikan bahawa ia akan rasmi tidak lama lagi.