Sedikit demi sedikit ciri diperkenalkan dan melalui versi beta yang terbaru, fungsi "Mark as Read" dan "Mute" boleh digunakan terus pada ruangan notifikasi telefon pintar.
Menurut WABetaInfo, apabila pengguna menerima mesej, paparan notifikasi akan menyertakan butang "Mark as Read" dan apabila ditekan, penghantar mesej akan melihat ikon double blue ticks.
Versi beta berkenaan juga dikatakan sedang menguji fungsi "Mute" dimana pengguna mempunyai keupayaan untuk senyapkan kenalan atau kumpulan terus dari ruangan notifikasi.
Sebelum ini, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi mengenalpasti mesej yang di-forward. Setiap mesej akan dilabel sebagai "Forwarded" dan ia dilihat memudahkan pengguna untuk membezakan sama ada ia adalah mesej asal dari penghantar atau sebaliknya.
Sumber: WABetaInfo
Berkaitan
- WhatsApp Selepas Ini Akan Mudahkan Pengguna Sunting Gambar Terus Dalam Aplikasi
- WhatsApp Mula Tawar Nyahkunci Imbasan Cap Jari Pada Android
- WhatsApp Tambah Fungsi Padam Mesej Jika Tersalah Hantar
- Sokongan WhatsApp Ditamatkan Untuk Kesemua Telefon Berikut
- Syarikat Sekuriti Siber Israel Pasang Perisian Intip Pada WhatsApp
- Whatsapp Sedang Menguji Ciri Baru "Status"
- Banteras Berita Palsu, WhatsApp Tetapkan Had "Forward Message"
- Panggilan Video Mula Hadir Pada Aplikasi Whatsapp Versi Beta
- Ubah Video Kepada GIF Hanya Menggunakan Whatsapp
- Whatsapp Bakal Perkenal Aplikasi Yang Memudahkan Peniaga Dan Pembeli Berhubung