WhatsApp Uji Ciri Lucutkan Peranan Pentadbir Lain Dalam Grup Perbualan

Bagi mengawal perbualan serta perkongsian didalam grup, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi pentadbir dan sejak dari itu, pelbagai penambahbaikan telah diberikan.

Seperti yang semua sedia maklum, jika mahu melucutkan peranan pentadbir yang lain, anda perlu mengeluar serta memasukkan semula pengguna tersebut ke dalam grup.

Namun kini, WhatsApp versi beta bakal memudahkan langkah berkenaan menerusi fungsi "Dismiss as admin".

Kapsyen: Android


Melaluinya, anda boleh "memecat" pentadbir lain dan menjadikannya sebagai ahli grup biasa dengan lebih mudah.

Difahamkan ciri ini sedang diuji pada versi beta Android, manakala pembangunan ciri itu sedang giat dijalankan untuk platform iOS. Dijangkakan ciri ini akan dikembangkan kepada umum dalam beberapa minggu lagi.

Kapsyen: iOS


Sumber: WABetaInfo