Seperti mana yang kita tahu, WhatsApp memerlukan pengguna memuat turun sesuatu video sebelum dapat melihat isi kandungan video tersebut. Hal ini bakal berubah apabila syarikat berkenaan akan mengeluarkan kemaskini tidak lama lagi. Ciri baru ini dilihat seakan-akan yang terdapat pada YouTube dan servis strim video yang lain. Difahamkan ciri itu terhad kepada pengguna platform android sahaja buat masa ini.
Aduan telah lama dibuat pengguna mengenai cara aplikasi berkenaan mengendalikan perkongsian video. Dengan adanya ciri yang bakal dikemaskini itu nanti, pengguna dapat menjimatkan masa dan data internet dari memuat turun video yang tidak berguna seperti video troll, lucah dan lain-lain lagi.
WhatsApp sebelum ini agak perlahan dalam memperkenalkan ciri-ciri baru untuk aplikasi mereka, tetapi sejak akhir-akhir ini mereka kelihatan agresif menambah fungsi untuk platform pemesejan segera ini. Awal bulan ini, mereka telah memperkenalkan fungsi panggilan video, dan juga sokongan video format GIF.
Sumber: MashableAsia
Berkaitan
- Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Dilapor Muncul Hujung Februari Ini
- POCO F2 Lite Mungkin Dilengkapi Snapdragon 765G Dan RAM 6GB
- Vivo Dilapor Lancar IQOO, Sebuah Sub-Jenama Baru
- Peranti Ini Menerima Markah A+ Dari DisplayMate, Tonton Dengan Kepuasan Maksimum
- Dua Tablet Huawei, Memori Lebih Besar Dan Harga Bawah RM1000 Akan Dijual Isnin Ini
- Larangan Eksport Jepun Keatas Korea Mungkin Jejaskan Pembuatan Galaxy Note 10
- Ini Jawapan Balas Apple Berkaitan Isu Membuang Aplikasi Dari App Store
- Mobile Legends: 10 Tips Bermain Bagi Anda Yang Sering Kalah (Bahagian 2 - Akhir)
- OPPO Malaysia Akan Perkenalkan Sebuah Lagi Model Baru 4 Mei Ini
- Xiaomi Keluarkan Senarai 40 Model Yang Akan Menerima MIUI9