WhatsApp Tambah Ciri Night Mode Pada Fungsi Kamera

Sebagai aplikasi pemesejan yang mempunyai jumlah pengguna terbesar di dunia, sudah pasti penambahbaikan sangat diutamakan WhatsApp.

Difahamkan syarikat terbabit bakal meningkatkan prestasi kamera dalam aplikasi menerusi ciri yang dipanggil Night Mode.

Ciri Night Mode yang kita faham sebelum ini biasanya digunakan bagi melindungi mata dengan merendahkan sedikit kecerahan paparan, tetapi untuk WhatsApp ia berbeza. Jadi jangan keliru ya!

Fungsi kamera di dalam WhatsApp sedikit mengecewakan dengan penghasilan gambar yang kurang jelas terutama sekali pada waktu malam atau kawasan yang kurang pencahayaan.

Nampaknya, syarikat itu berusaha menaik taraf fungsi kamera dengan membawakan ciri Night Mode yang menjadikan foto lebih jelas pada kondisi suram dan gelap.

Kapsyen: Perbezaan antaramuka kamera WhatsApp iPhone (kiri) Android (kanan)


 

Kapsyen: Foto kiri tanpa Night Mode, foto kanan dengan Night Mode


Ia pertama kali dikesan oleh laman PhoneRadar, dan untuk mengaktifkannya, klik pada ikon anak bulan di penjuru kanan atas.

Apa yang menarik adalah, ciri ini akan aktif secara default apabila sensor kamera mengesan keadaan kurang pencahayaan dan ia tidak boleh diakses dari fungsi rakaman video.

Fungsi ini dikhabarkan penawarannya hanya pada versi terbaru iOS dan untuk Android masih belum dapat dipastikan lagi.

Sumber: Phone Radar via Gadget 360