Ikuti kami di media sosial

Berita

WhatsApp Selepas Ini Akan Mudahkan Pengguna Sunting Gambar Terus Dalam Aplikasi

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

WhatsApp ketika ini dikatakan sedang bersiap sedia memberikan satu ciri baru yang akan membenarkan pengguna membuat suntingan secara dalam aplikasi.

Dipanggil sebagai ‘Quick Edit Media Shortcut’, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah untuk masuk ke dalam aplikasi galeri peranti untuk menyunting gambar dimana, ciri suntingan akan disediakan terus didalam WhatsApp.

Android

Setelah imej dalam perbualan ditekan, akan terlihat butang Edit diletakkan pada senarai menu dan ia akan menyediakan alat suntingan asas seperti rotate, crop, dan doodle.

iOS

Menurut WABetaInfo, ciri ini hanyalah perubahan kecil dan ia tidak termasuk pada versi beta aplikasi dan dijangka kemaskini akan dilepaskan tidak lama lagi. Ciri Quick Edit Media Shortcut’ akan disediakan untuk kedua-dua platform telefon pintar, Android serta iOS.

Sumber: WABetaInfo

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

Black Shark 3 Sah Akan Dilengkapi Port Pengecasan Magnetik Dan Bateri 4720mAh

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Menjelang hari pelancaran yang bakal berlangsung pada 3 Mac depan, sedikit demi sedikit kelengkapan Black Shark 3 didedahkan. Beberapa hari lalu, spekulasi mengenai bateri serta daya pengecasan pantas peranti memfokuskan permainan ini berlegar.

Kini, menerusi perkongsian terbaru di Weibo pula memperlihatkan sebahagian ciri utama yang bakal hadir pada telefon pintar berkenaan. Berdasarkan poster dan video yang dimuat naik, Black Shark 3 mempunyai port pengecasan magnetik yang diletakkan pada panel belakang peranti.

Selain itu, bateri berkapasiti 4720mAh dibekalkan untuk janaan kuasa peranti dengan daya isian pantas 65W. Difahamkan, bateri yang digunakan itu dipisahkan kepada dua dan diletakkan pada sisi papan induk peranti.

 

Imej turut membandingkan Black Shark 3 bersama sebuah lagi sub-jenama daripada Vivo iaitu iQOO 3 yang dilancarkan beberapa hari lalu.

 

Teruskan Bacaan

Berita

Lelaki Ketiga Terkaya Didunia Tinggalkan Telefon Flip, Tukar Kepada iPhone 11

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Memiliki kekayaan sehingga $82.5 bilion, jutawan Warren Buffett sebelum ini cukup setia dengan telefon lipat (flip) sebagai medium komunikasi hariannya. Bukan telefon pintar dengan skrin boleh lipat seperti yang galak diperkenalkan masa kini, tetapi merupakan rekaan lipat lama dan Buffett yang terdahulunya merupakan peminat kepada Samsung SCH-U320.

Kini, menerusi temubual bersama laman berita CNBC, Buffett menyatakan tidak lagi menggunakan telefon flip terbabit. Turut menambah, beliau kini memilih salah sebuah daripada peranti Apple iaitu iPhone 11 yang dilancarkan tahun lalu.


Pada temubual tersebut, jutawan yang lahir pada 1930 ini mendedahkan beliau tidak menggunakan kesemua ciri dan fungsi iPhone 11 seperti kebanyakkan pengguna sebaliknya lebih kepada panggilan suara.

Terdahulu, Tim Cook iaitu CEO Apple pernah menawarkan kepada Buffet untuk menjadi “pembantu teknikalnya” dalam menggunakan iPhone.

iPhone bukanlah peranti Apple pertama yang digunakan oleh Buffet dimana sebelum ini beliau pernah menggunakan iPad untuk membuat carian di internet serta memantau pasaran saham.

Sumber: CNBC

Teruskan Bacaan

Berita

Oppo Find X2 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 6 Mac 2020

ariff bukhari

Ditulis

pada

Model terbaru bagi siri Find X.

Telefon pintar terbaru Oppo bagi siri Find X iaitu Oppo Find X2 yang sepatutnya diperkenalkan pada acara MWC 2020 telah dienjakkan tarikhnya kepada 6 Mac 2020 nanti.

Ia disahkan sendiri oleh pihak Oppo hari ini.

Model pertama siri Find x mula diperkenalkan pada 2018 dahulu. Bagi model terbarunya, Oppo Find X2 dijangka akan dimuatkan dengan beberapa ciri terbaru yang menarik seperti sokongan paparan 3K dengan kadar segar 120Hz serta ciri pengecasan pantas SuperVOOC 65W.

Malah Naib Presiden dan Presiden Pemasaran Global, Brian Shen telah berkongsikan lebih awal kelebihan panel 120Hz Oppo Find X2 di laman Twitter beliau.

Selain itu, Find X2 juga dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 865, RAM berkapasiti 8GB dan storan berkapasiti 256GB.

Sumber: Playfuldroid

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular