WhatsApp Sedang Uji Ciri "Stickers Suggestions"

Ciri pelekat pada aplikasi WhatsApp mula diperkenal pada tahun 2018 dan pelekat animasi pada tahun lepas.

Namun, kekurangan ciri ini pada aplikasi WhatsApp adalah pengguna perlu cipta atau cari sendiri pelekat yang hendak digunakan.

Menurut sebuah video pendek dari WABetaInfo baru-baru ini, WhatsApp dikatakan sedang menguji ciri cadangan pelekat (stickers suggestions). Ciri berguna ini boleh dilihat dalam platform pemesejan LINE.

Ciri ini hadir dengan butang pelekat yang memberi pengguna pelbagai cadangan pelekat yang sesuai dengan perkataan yang ditulis.

Namun, buat masa sekarang ia hanya boleh digunakan dengan pek pelekat rasmi oleh WhatsApp sahaja. Pelekat-pelekat yang direka atau didapati dari tempat lain tidak akan dicadang.

Selain itu, ciri ini masih dalam fasa ujian oleh WhatsApp dan tiada tarikh rasmi untuk dikeluarkan kepada pengguna awam.

https://youtu.be/9iprEiibBwk

Kredit gambar utama: dnaindia

Sumber: ubergizmo