WhatsApp Secara Rasmi Tampil Perincikan Polisi Privasi Baharu

WhatsApp pada minggu lalu mula mengemaskini polisi dan kepenggunaan baharu untuk aplikasi mereka. Bagaimanapun, ia menerima respon yang negatif daripada pengguna berikutan aplikasi itu telah meminta izin untuk berkongsi data pengguna kepada Facebook.

Lebih buruk, jika tidak bersetuju dengan data yang diperoleh WhatsApp akan dikongsi kepada Facebook, hanya satu cara yang boleh dilakukan iaitu berhenti menggunakan WhatsApp sepenuhnya.

WhatsApp menerusi The Verge juga telah mengeluarkan kenyataan di mana perkongsian data hanya diguna pakai untuk akaun perniagaan sahaja. Terbaru, WhatsApp secara rasmi tampil memperincikan polisi privasi baharu bagi mengurangkan kekeliruan.

polisi baru WhatsApp

Antara yang digariskan adalah:

  • WhatsApp tidak boleh melihat mesej peribadi atau mendengar panggilan anda dan begitu juga Facebook. Apa sahaja yang dikongsi kekal sebagai privasi dan dilindungi penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption).

  • WhatsApp tidak menyimpan log mengenai siapa yang menerima pesanan mesej atau panggilan.

  • WhatsApp tidak berkongsi senarai kenalan anda bersama Facebook.

  • WhatsApp tidak boleh melihat perkongsian lokasi anda dan begitu juga Facebook. Ia turut dilindungi penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption)

  • Privasi kumpulan sembang WhatsApp masih dikekalkan.

  • Untuk privasi tambahan, anda boleh menetapkan mesej yang dihantar dengan ciri Mesej Menghilang.

  • Anda kini boleh memuat turun dan melihat data yang diperoleh oleh WhatsApp


Untuk lebih lanjut mengenai perincian privasi baharu yang digariskan oleh WhatsApp, ianya boleh diakses melalui pautan ini.