Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp iOS 9

WhatsApp Perkenalkan Ciri Baru Sertai Panggilan Kumpulan

Diterbitkan Julai 21, 2021 ยท Dikemas kini Julai 21, 2021 oleh ariff bukhari

WhatsApp kini telah memperkenalkan ciri baru panggilan yang lebih menarik bagi membolehkan penggunanya menyertai panggilan kumpulan.

Ciri baru itu adalah dengan memberikan kemudahan kepada pengguna untukmenyertai panggilan kumpulan walaupun ia sudah bermula.

Malah pengguna juga boleh keluar dan masuk semula selagi panggilan kumpulan tersebut masih berlangsung.

Berikut adalah cara menyertai panggilan kumpulan WhatsApp ssetelah ia sudah bermula:-

1. Dari aplikasi WhatsApp, tap pada bahagian CALLS.

2. Kemudian akan tertera panggilan kumpulan yang sudah bermula. Malah anda boleh melihat ahli grup yang sudah berada di dalam panggilan tersebut.

Seterusnya anda bolehlah pilih Tap to join pada panggilan kumpulan yang sudah bermula yang anda mahu sertai itu. Contoh seperti rajah di bawah.

WhatsApp Perkenalkan Ciri Baru Sertai Panggilan Kumpulan

3. Kemudian, tap pada butang Join bagi menyertai panggilan kumpulan tersebut.

WhatsApp Perkenalkan Ciri Baru Sertai Panggilan Kumpulan

Panggilan grup WhatsApp membenarkan sehingga lapan peserta untuk menyertai panggilan video dengan satu sama lain menggunakan aplikasi WhatsApp.

Ciri baru ini sudah pun mula ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna aplikasi tersebut.

Atau anda boleh mengemas kini aplikasi WhatsApp dalam peranti pintar anda dengan memastikan anda menggunakan versi WhatsApp terkini.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY