WhatsApp Perkenal Ciri Catalog Untuk Mudahkan Pelanggan Melihat Senarai Produk

Aplikasi pemesejan segera, WhatsApp bukan sahaja terhad digunakan untuk bertanya khabar keluarga dan rakan malah turut dijadikan medium perniagaan oleh sebahagian daripada kita.

Lanjutan daripada itu, pihak pembangun turut menyediakan versi khas dikenali sebagai WhatsApp Business. Selain memudahkan komunikasi antara peniaga dan pelanggan, ia kini dilengkapkan dengan ciri Catalog, membolehkan pengguna melihat produk-produk yang ditawarkan perniagaan tersebut.

Ciri ini sekaligus dapat menjimatkan masa peniaga kerana tidak lagi perlu menghantar foto atau senarai harga berulang kali.

https://www.youtube.com/watch?v=goTSdIcwyqs&feature=emb_title

Buat masa sekarang, ciri katalog ini hanya tersedia untuk pengguna di Indonesia, Brazil, Jerman, Mexico, India, Amerika Syarikat dan UK. Penawaran untuk pengguna di negara lain bakal dibuat pada masa hadapan yang belum dinyatakan lagi.

Sumber: WhatsApp