WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Termasuk Mod Gelap Versi Web Dan Pelekat Animasi

WhatsApp kini mengumumkan beberapa ciri baharu yang akan tiba dalam aplikasi itu melalui kemas kini akan datang.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan adalah pelekat animasi. Menerusi pelekat animasi, ia menjadikan aplikasi itu lebih menyeronokkan dalam menyampaikan ekspresi berbanding hanya menggunakan emoji sedia ada.

https://www.youtube.com/watch?v=u-7Sl31uH4Q

Ketika ini, untuk menghantar pesanan melalui WhatsApp memerlukan simpanan nombor telefon terlebih dahulu. Melalui kemas kini akan datang, WhatsApp telah mengumumkan kod QR yang menjadikan pengguna lebih mudah untuk berkongsi serta menambah kenalan, tanpa perlu menaip dan menambah nombor telefon.



Mod gelap versi web juga telah diperkenalkan secara rasmi dimana ia boleh digunakan dengan hanya menukarkan kepada tema gelap di bahagian tetapan.

Antara ciri lain yang diumumkan termasuk penambaikan panggilan video serta perkongsian status bagi pengguna KaiOS.  Semua fungsi tersebut akan mula dilepaskan dalam beberapa minggu ini secara global dan berperingkat melalui kemaskini terbaharu WhatsApp.

Sumber: WhatsApp