WhatsApp Uji Tempoh 'Delete For Everyone' Berkali Ganda Lebih Lama

Dalam WhatsApp Beta Android versi 2.22.4.10, WABetaInfo telah mendapati ciri padam mesej untuk semua atau 'Delete for everyone' ada lanjutan tempoh yang sedang diuji WhatsApp.

Mereka mengesahkan bahawa WhatsApp Beta menyokong tempoh lanjutan sehingga 2 hari 12 jam untuk 'Delete for everyone'.

Ya, anda boleh padam mesej anda dalam 2 hari. Lama, bukan?

Waktu ini, pengguna hanya terhad padam mesej untuk semua dengan maksimum 1 jam 8 minit 16 saat selepas mesej dihantar.

Bukan setakat itu sahaja, WhatsApp dijuga sedang menambah lagi ciri padam mesej untuk semua ini dengan keupayaan pentadbir (admin) untuk memadam mesej ahli dalam sesebuah kumpulan WhatsApp.

Kesemua ciri ini masih lagi dalam fasa ujian (beta). Jadi untuk pengguna awam, ia belum lagi ada pada WhatsApp anda. Jangan risau, ia akan dilancarkan juga untuk semua nanti.

Kedua-dua ciri secara peribadi sangat bagus kerana ia membolehkan kita memadam mesej yang tersalah hantar dengan tempoh yang sangat lama dan kebolehan admin memadam mesej yang tidak sesuai, sensitif atau mengarut.

Namun, ada juga kekhuatiran ia akan disalah guna beberapa pihak bertanggungjawab demi kepentingan mereka.

Sama-sama kita tunggu bilakah ia akan tersedia untuk semua pengguna seluruh dunia.

Sumber: WABetaInfo